Pagar Ruyung

Pagar Ruyung Dārul Qarār
Pagar Ruyung
Malayapura
1347
Bendera Pagar Ruyung
Cap Mohor Pagar Ruyung
Bendera Cap Mohor
Ibu negaraPagar Ruyung
Bahasa yang umum digunakanMinang, bahasa Melayu, Sanskrit
Agama
Islam Sunni
KerajaanMonarki
Maharajadiraja - Sultan - Yang dipertuan Pagar Ruyung Raja Kecik 
Sejarah 
• Didirikan
1347
Didahului oleh
Fail:Dharmasraya Dharmasraya
Fail:Pagar ruyung Malayapura
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "region"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "continent"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "country"

Kesultanan Pagar Ruyung (juga Pagarruyung atau Pagaruyung) ialah sebuah Kerajaan Melayu lama yang pernah wujud sebagai pusat pemerintahan raja-raja Minangkabau. Kerajaan ini meliputi provinsi Sumatera Barat sekarang dan daerah-daerah di sekitarnya. Nama kerajaan ini dirujuk daripada Tambo yang ada pada masyarakat Minangkabau, iaitu nama sebuah negeri yang bernama Pagaruyung, Tanjung Emas di Tanah Datar, Sumatera Barat, Indonesia,[1] dan juga dapat dirujuk daripada inskripsi cap mohor Sultan Tangkal Alam Bagagar dari Pagar Ruyung,[1] iaitu dalam tulisan Jawi dalam lingkaran yang mana bahagian dalamnya tertulis seperti berikut: Sultan Tangkal Alam Bagagar ibnu Sultan Khalīfatullāh yang mempunyai takhta kerajaan dalam negeri Pagar Ruyung Dārul Qarār Johan Berdaulat Zillullāh fīl 'Ālam.[2] Kerajaan ini runtuh ketika Perang Padri, setelah ditandatanganinya perjanjian antara Kaum Adat dengan pihak Belanda yang menjadikan kawasan Kerajaan Pagar Ruyung berada dalam pengawasan Belanda.[3]

Sebelum kerajaan ini bergabung bersama Malayapura,[4] sebuah kerajaan yang wujud ketika era Prasasti Amoghapasa, disebutkan ia dipimpin oleh Adityawarman, yang mengukuhkan dirinya sebagai penguasa Bhumi Malayu di Suwarnabhumi. Termasuk pula di dalam Malayapura ialah kerajaan Dharmasraya dan beberapa kerajaan atau daerah taklukan Adityawarman yang lain.[5]

Pagar Ruyung masa kini juga turut merujuk kepada sebuah perkampungan di subdaerah Tanjung Emas di Tanah Datar, Sumatera Barat, Indonesia.

  1. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Amran
  2. ^ Lihat: Cap mohor Bagagarsyah dari Pagar Ruyung <meta />
  3. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Stuers
  4. ^ Casparis, J.G. (1975). Indonesian palaeography: a history of writing in Indonesia from the beginnings to C. A, Part 1500. E. J. Brill. ISBN 978-90-04-04172-1.
  5. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Cap

Developed by StudentB